Wednesday, July 9, 2014

Tips untuk mengelakkan migrain

Kami ada tips untuk mengelakkan migrain dan tidak mahu mengambil pain killer lagi. Pengambilan pain killer dalam jangka masa panjang akan menjejaskan kesihatan kita juga. Anda pun tahu apa akibatnya.


Amalkan pengambilan Ostematrix dan B-Complex selama 3 bulan. Insya Allah, anda akan nampak perubahannya.

Set ini tahan utk 3 bulan.
Harga ahli :

Ostematrix : RM49 (120 biji)
B-Complex : RM42 (120 biji)



Friday, February 28, 2014

Suplemen atau makanan tambahan, maksud dan fungsi sebenarnya

Obses terhadap makanan tambahan atau suplemen tanpa mengetahui maksud dan fungsi sebenarnya untuk tubuh badan hanya akan membawa keburukan berbanding kebaikan yang cuba dicari.


Merujuk artikel ini, suplemen merupakan makanan tambahan bukannya sebagai makanan gantian kepada pemakanan seharian sebagaimana tanggapan segelintir individu selama ini. Secara umum suplemen merupakan makanan tambahan dalam bentuk minuman atau makanan.

Suplemen boleh wujud dalam bentuk sama ada vitamin, mineral, herba atau tumbuhan lain, atau komponen dalam makanan yang kita makan setiap hari. Ia juga boleh wujud dalam bentuk pil, kapsul, cecair, atau tablet.

Badan kita sememangnya memerlukan vitamin dan mineral sebagai tambahan untuk memastikan ia bergerak aktif, seperti vitamin C, bagus untuk kulit serta vitamin E, asid amino, zink dan sebagainya.

Kita perlu tahu adakah penting suplemen tersebut untuk penyakit yang kita hadapi. Kita perlu ingat makanan tambahan tidak akan menyembuhkan sesuatu penyakit tetapi ia boleh membantu mengekalkan kesihatan.

Pengguna dinasihatkan mendapat khidmat nasihat doktor yang bertauliah atau pakar pemakanan (dietitian) mengenai pengambilan makanan tambahan.

Senaman juga penting untuk mengekalkan tahap kesihatan di samping mengambil suplemen lain.

Antara tip untuk memilih makanan tambahan ialah pastikan keadaan kesihatan betul-betul memerlukan suplemen tersebut.

Jika tubuh benar-benar memerlukan makanan tambahan lebih digalakkan untuk memilih suplemen yang terhasil daripada bahan-bahan organik dan semula jadi yang tiada tambahan bahan kimia selain halal.

Selagi suplemen tersebut tidak melebihi dos dan mengikut kepada keperluan nutrisi harian kita, ia tidak menjadi masalah.
Sebaliknya jika diambil dalam dos yang berlebihan, kemungkinan menyebabkan keracunan pada tubuh.

Pengguna yang ingin mengambil makanan tambahan untuk kecantikan dinasihatkan agar berhati-hati kerana kesan sampingan tidak nampak dalam masa yang singkat. Kebarangkalian ia memberi kesan dalam jangka masa yang lama iaitu selepas bertahun-tahun penggunaannya.

Pastikan suplemen tersebut di luluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Jangan terlalu obses dengan sesuatu produk yang kita tidak ketahui kandungan nutrisi produk tersebut.

Dapatkan dari nasihat yang pakar untuk semua produk tersebut terutamanya seperti produk pelangsingan badan.






Wednesday, February 26, 2014

Don't worry. Be happy!!!

INFO Sihat : Impak Ketawa Pada Biologi Tubuh

TAHUKAH anda, manfaat ketawa 100 kali atau lebih sama dengan anda melakukan senaman aerobik selama 10 minit. Jadi ketawa sebenarnya bukan sekadar ‘menghidupkan’ emosi tetapi kesannya lebih daripada itu – mengubah biologi tubuh secara sementara dan meningkatkan tahap kesihatan. Ketawa memberi kesan kepada otak, paru-paru, mata, jantung, otot, hormon dan emosi

*Otak
Ketawa mencetuskan rangsangan pada bahagian utama otak dan tubuh. Signal akan dihantar bagi meningkatkan fungsi paru-paru.

*Paru-paru
Otot dada dan diafragma akan mengecut, memaksa udara keluar daripada paru-paru melalui saluran pernafasan dan larinks. Peti suara anda akan bergetar dan mengeluarkan bunyi haha atau hoho.

*Mata
Jika perkara yang ditertawakan cukup lucu, mata anda akan berair.

*Jantung
Kadar degupan jantung dan tekanan darah akan meningkat ekoran permintaan terhadap oksigen yang tinggi untuk dibekalkan kepada paru-paru dan organ tubuh yang lain.

*Hormon
Ketawa merembeskan endorfin iaitu hormon yang sama dihasilkan sewaktu bersenam. Selain itu, ketawa juga ‘menekan’ penghasilan hormon kortisol yang sering dikaitkan dengan kemurungan dan kelesuan.





Wednesday, January 29, 2014

Tips diet 7 hari




Sudah menjadi kebiasaan ketika berada dalam keadaan tertekan, nafsu makan semakin menjadi-jadi sehinggakan ada yang tidak boleh mengawal. Semakin anda stress, semakin bertambahlah keinginan anda untuk mengunyah.

Oleh itu, kami ingin kongsikan tips diet tujuh hari yang boleh anda lakukan sepanjang minggu secara berterusan untuk mendapatkan berat badan yang diingini.

Hari Pertama
Makan semua jenis buah kecuali pisang. Untuk minuman pula, minumlah minuman yang sihat dan semulajadi. Elakkan dari minuman berkarbonat atau yang mengandungi kandungan gula yang tinggi. Jus tembikai rendah kalori ialah pilihan paling tepat, oleh itu pastikan anda kerap mengambilnya. Selain itu, anda disarankan untuk mengambil sup dalam pemakanan anda.

Hari Kedua
Makan semua jenis sayuran yang baik kecuali kacang pes dan jagung. Anda tidak dibenarkan memakan kacang panggang dan yang seumpama dengannya. Makan sehingga anda sendiri puas dengan rasa sayur itu dan makanlah sebanyak mana sup yang kamu mahu. Pada sebelah malam pula, makan kentang putar dalam hidangan besar. Gantikan mentega dan mayones dengan sedikit garam dan lada hitam sebagai perasa.

Hari Ketiga
Gabungkan menu hari pertama dan kedua. Tetapi anda tidak perlu memakan kentang putar untuk hari ketiga ini. Jika anda betul-betul mengamalkan diet ini, anda sebenarnya sudah berjaya menurunkan berat antara dua hingga tiga kilogram.

Hari Keempat
Makanlah pisang dan minum susu rendah lemak. Sebaiknya ambil tiga biji pisang dan minum susu sebanyak mana yang anda mampu. Hari ini ialah hari yang sukar dalam pusingan diet tetapi anda harus kekal berdisiplin demi menurunkan lebih banyak lagi kilogram. Anda juga tidak boleh lupa mengambil sup dalam hidangan.

Hari Kelima
Anda dibenarkan untuk memakan daging putih (ikan atau ayam) yang berjumlah antara 300 hingga 600 gram, selain memakan 6 biji tomato segar. Tomato sebenarnya membantu mencernakan protein dari mencuci pembinaan asid urik. Pengambilan sup sudah memadai jika diambil sekali sahaja.

Hari Keenam
Anda dibenarkan memakan daging bersama sayur. Makanlah apa saja jenis stik kerana ia baik untuk kandungan jantung. Tetapi, jangan makan kentang putar. Sebaiknya, tumpukan pada sayuran berdaun. Sup tetap menjadi pilihan untuk melengkapkan menu anda.

Hari Ketujuh
Makanlah nasi menggunakan beras perang. Lengkapkannya dengan jus buah-buahan kurang manis dan sayur-sayuran. Anda masih lagi disarankan untuk mengambil sup, sekurang-kurangnya sekali sehari.

Monday, December 23, 2013

5 Tips Detoksifikasi

Detoksifikasi atau yang lebih dikenal dengan istilah detoks dapat memberi berbagai manfaat bagi kesihatan anda. Banyak diet, program, atau kaedah detoks, sehingga akan sukar untuk menemukan mana yang sesuai. Setiap orang adalah berlainan, jadi mungkin ada satu kaedah yang sesuai dan berhasil untuk anda, tapi tidak bagi orang lain.

Ikuti 5 tips detoks seperti dibawah:

1. Detoks Jangka Panjang

Melakukan terapi detoks mungkin mampu membantu anda merasa jadi lebih baik. Tetapi, perubahan nyata untuk kesihatan anda haruslah memiliki waktu jangka panjang. Oleh itu, pangambilan makanan sihat merupakan cara untuk mendapatkan gaya hidup yang sihat dan merupakan detoks semulajadi jangka panjang.

2. Detoks Kolon

Lakukan detoks kolon secara semulajadi. Atau anda boleh mencuba makanan yang diperbuat daripada beras merah dua kali sehari. Makanan ini bagus untuk melembabkan kolon secara sihat kerana ianya lambat untuk dicerna. Selain itu, minumlah jus semulajadi tanpa pemanis setiap hari.

3. Mengurangkan pengambilan makanan Perangsang

Kurangkan pengambilan gula, alkohol, dan kafein. Pada awalnya anda mungkin akan mengalami gejala seperti sakit kepala dan menginginkan makanan tadi. Tapi, jika anda mampu untuk menahan rasa keinginan tersebut, maka anda akan mendapat peningkatan kualiti tidur sehingga tenaga pun akan bertambah. Selain itu, beralihlah dengan hanya meminum air putih dan teh herba.

4. Perbanyakkan pengambilan Buah-buahan dan Sayur-sayuran

Perbanyakkan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, ikan, biji-bijian, dan kacang-kacangan dalam diet seharian. Jika anda ingin snek atau kudapan, makanlah kacang-kacangan yang tawar dan buah-buahan segar.

5. Menggosok Kulit Tubuh

Cubalah untuk menggosok kulit tubuh anda setiap hari. Menggosok kulit tubuh akan membantu meningkatkan peredaran darah. Anda boleh melakukannya ketika akan mandi sambil menunggu air mandi menjadi hangat.




DTX Complex™

DTX Complex™ Shaklee mengandungi satu campuran proprietari ekstrak daripada gabungan ekstrak biji benih pokok susu tisel, schizandra, ekstrak dendalion, cendawan reishi, kunyit dan articok. Digunakan secara tradisional untuk tonik hati. Tiada perasa tiruan, pemanis, warna, atau bahan pengawet tambahan.


Herb-Lax™

Herb-Lax™ Shaklee didatangkan dengan kombinasi herba yang telah digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas. Bagi menangani kesulitan membuang air besar, Herb-Lax™ yang lembut boleh membantu. Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.



Tuesday, November 12, 2013

Tips Mengelakkan dan Mengawal Kencing Manis



Perubahan cara hidup mampu mengelakkan kencing manis dan mengawal tahap gula dalam darah. Pesakit kencing manis dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan dan mengawal kencing manis dengan melakukan beberapa perkara seperti di bawah.

Pemakanan
  • Pemakanan berkarbohidrat dan gula seharusnya dikurangkan supaya pengambilan kadar kalori pada sesehari itu terkawal. Berbincanglah dengan doktor atau pakar pemakanan untuk cara diet yang terkawal. Tingkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Kajian menunjukkan bioflavonoids, pikmen dalam buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan yang mengeluarkan warna, dapat merangsang produksi insulin.

Senaman
  • Senaman penting untuk membantu mengurangkan berat badan dan juga menambahkan kesihatan jantung dan paru-paru (kardiorespiratori). Senaman perlu dimulakan secara beransur-ansur dan dengan nasihat doktor.

Penjagaan berat badan
  • Pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan akan mendapati tahap gula dalam badan sukar dikawal. Terdapat pesakit yang boleh menghentikan ubat kencing manis apabila berat badan dapat dikawal.

Tidur yang cukup
  • Seseorang yang tidak mendapatkan tidur yang cukup akan meningkatkan risiko mereka untuk mengidap penyakit kencing manis.

Pemeriksaan diri sendiri
  • Pesakit kencing manis dinasihatkan membuat pemeriksaan sendiri terutamanya pada jari dan kaki yang kebas untuk tanda luka atau jangkitan kerana deria rasa sakit berkurangan. Ini membolehkan rawatan awal agar jangkitan tidak merebak.

Vitamin D
  • Vitamin D dapat menjadi faktor kunci dalam memerangi kencing manis. Sebuah ulasan yang dipublikasikan dalam The Journal of Clinical Endocrinology & Metabolism mendapati bahawa seseorang yang kekurangan vitamin D berisiko terkena penyakit kencing manis. Seseorang boleh mendapatkan kandungan vitamin D ini daripada susu, ikan, atau suplemen.

Kayu manis
  • Kayu manis dapat menurunkan kadar gula darah, seperti ditulis dalam penelitian di Journal of American Board of Family Medicine. Kayu manis kaya dengan nutrisi yang disebut polifenol. Rempah beraroma ini dapat membantu insulin melakukan tugasnya dengan lebih efektif. Taburkan serbuk kayu manis ke dalam semangkuk oatmeal dan sambutlah pagi anda dengan menu sihat ini.



Sunday, November 10, 2013

Vivix™ Shaklee

Ramuan Vivix™ memberi impak positif kepada empat mekanisma utama penuaan pada tahap sellular.

4 Mekanisma Utama Penuaan Pada Tahap sellular

1. Kerosakkan DNA
  • Sel tubuh diserang berjuta-juta kali setiap hari yang merosakkan pangkalan data DNA dan mewujudkan satu "typo" (kesilapan dari yang asal) yang boleh menjejaskan fungsi sel dan panjang umur. Ramuan utama Vivix™ melindungi dan membaiki DNA yang rosak dan menyokong replikasi DNA untuk fungsi sel yang sihat.
2. Pengawalan Genetik
  • Pengawalan genetik menyumbang kepada deteriorasi (kemerosatan) umur pada tahap sellular. Ramuan Vivix™ mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang membantu melambatkan proses penuaan pada tahap selluar.
3. Pengeluaran Tenaga yang Kian Menurun oleh Sel-sel
  • Mitochondria (penjanaan tenaga) didalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan mitochondria menurun fungsi sel turut menurun. Ramuan Vivix™ menggalakkan biogenesis (pembentukkan baru) mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga didalam sel.
4. Penimbunan Protin AGE
  • Penimbunan berlebihan protin AGE (Advanced Glycation End products) boleh menyebabkan kerosakkan tahap sellular yang akan mengganggu keutuhan sel dan panjang umur. Ramuan Vivix™ mengandungi 10 kali resveratrol (kandungan unik dalam anggur "muscadine") yang melambatkan pembentukkan protin AGE.




Langkah-langkah untuk Penuaan Sihat
  • Selain tujuan sebagai makanan tambahan, faktor gaya hidup lain boleh menggalakkan kehidupan yang lebih sihat.
  • Makan makanan seimbang yang rendah lemak tepu, dan kaya dengan buah-buahan serta sayur-sayuran. Buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi nutrien yang boleh memberi kesan positif  kepada keadaan yang berkaitan dengan penuaan.
  • Melibatkan diri dalam senaman. Menurut National Institute on Aging, senaman dan aktiviti fizikal boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit dan kurang upaya terhadap golongan tua.
  • Elakkan pengambilan makan yang mengandungi banyak gula. Lebih banyak kandungan gula diambil, lebih banyak protin AGE dihasilkan yang boleh merosakkan sel protin penting, termasuklah kolagen dan elastin.
  • Meningkatkan pengambilan vitamin D dan kalsium untuk tulang yang sihat, vitamin B untuk menyokong replikasi DNA yang sihat, dan antioksidan seperti vitamin C dan vitamin E untuk menangani tekanan oksidatif dan penuaan selular.
  • Berhenti dari merokok merupakan pendekatan yang paling berkesan untuk mengurangkan risiko kematian dan jangkitan penyakit.
  • Akhir sekali, mengurangan tekanan melalui rehat dan tidur yang mencukupi, dan percakapan, penglihatan, dan pendengaran secara normal juga merupakan cara yang berkesan untuk membantu melambatkan proses penuaan pada tahap sellular.