Prinsip Asas Diet Seimbang
- Tiada satu makanan yang dapat membekalkan semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Contohnya, beras membekalkan karbohidrat, manakala ikan kaya dengan protein.
- Piramid makanan merupakan panduan yang berjaya membantu kita merancang makanan harian yang seimbang.
Tabiat Makanan Yang Sihat
- Amalkan tabiat makan sajian makanan yang seimbang, seing mempelbagai makanan yang dimakan, dan tidak memilih makan yang digemari sahaja.
- Makan mengikut waktu bukan kerap makan atau biarkan perut terlalu kosong.
- Displin diri dalam pengambilan makanan dengan aktiviti supaya sihat dan berat badan dapat dikawal.
- Mengamalkan pengambilan makanan yang terjaga kebersihannya.
- Minum air masak secukupnya kerana tiga perempat tubuh badan manusia terdiri daripada air.
- Jangan mudah dipengaruhi iklan untuk memakan makanan yang manis, tinggi kandungan garam, terlalu berlemak dan berminyak.
No comments:
Post a Comment