Perubahan cara hidup mampu mengelakkan kencing manis dan mengawal tahap gula dalam darah. Pesakit kencing manis dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan dan mengawal kencing manis dengan melakukan beberapa perkara seperti di bawah.
Pemakanan
- Pemakanan berkarbohidrat dan gula seharusnya dikurangkan supaya pengambilan kadar kalori pada sesehari itu terkawal. Berbincanglah dengan doktor atau pakar pemakanan untuk cara diet yang terkawal. Tingkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Kajian menunjukkan bioflavonoids, pikmen dalam buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan yang mengeluarkan warna, dapat merangsang produksi insulin.
Senaman
- Senaman penting untuk membantu mengurangkan berat badan dan juga menambahkan kesihatan jantung dan paru-paru (kardiorespiratori). Senaman perlu dimulakan secara beransur-ansur dan dengan nasihat doktor.
Penjagaan berat badan
- Pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan akan mendapati tahap gula dalam badan sukar dikawal. Terdapat pesakit yang boleh menghentikan ubat kencing manis apabila berat badan dapat dikawal.
Tidur yang cukup
- Seseorang yang tidak mendapatkan tidur yang cukup akan meningkatkan risiko mereka untuk mengidap penyakit kencing manis.
Pemeriksaan diri sendiri
- Pesakit kencing manis dinasihatkan membuat pemeriksaan sendiri terutamanya pada jari dan kaki yang kebas untuk tanda luka atau jangkitan kerana deria rasa sakit berkurangan. Ini membolehkan rawatan awal agar jangkitan tidak merebak.
Vitamin D
- Vitamin D dapat menjadi faktor kunci dalam memerangi kencing manis. Sebuah ulasan yang dipublikasikan dalam The Journal of Clinical Endocrinology & Metabolism mendapati bahawa seseorang yang kekurangan vitamin D berisiko terkena penyakit kencing manis. Seseorang boleh mendapatkan kandungan vitamin D ini daripada susu, ikan, atau suplemen.
Kayu manis
- Kayu manis dapat menurunkan kadar gula darah, seperti ditulis dalam penelitian di Journal of American Board of Family Medicine. Kayu manis kaya dengan nutrisi yang disebut polifenol. Rempah beraroma ini dapat membantu insulin melakukan tugasnya dengan lebih efektif. Taburkan serbuk kayu manis ke dalam semangkuk oatmeal dan sambutlah pagi anda dengan menu sihat ini.