Monday, December 23, 2013

5 Tips Detoksifikasi

Detoksifikasi atau yang lebih dikenal dengan istilah detoks dapat memberi berbagai manfaat bagi kesihatan anda. Banyak diet, program, atau kaedah detoks, sehingga akan sukar untuk menemukan mana yang sesuai. Setiap orang adalah berlainan, jadi mungkin ada satu kaedah yang sesuai dan berhasil untuk anda, tapi tidak bagi orang lain.

Ikuti 5 tips detoks seperti dibawah:

1. Detoks Jangka Panjang

Melakukan terapi detoks mungkin mampu membantu anda merasa jadi lebih baik. Tetapi, perubahan nyata untuk kesihatan anda haruslah memiliki waktu jangka panjang. Oleh itu, pangambilan makanan sihat merupakan cara untuk mendapatkan gaya hidup yang sihat dan merupakan detoks semulajadi jangka panjang.

2. Detoks Kolon

Lakukan detoks kolon secara semulajadi. Atau anda boleh mencuba makanan yang diperbuat daripada beras merah dua kali sehari. Makanan ini bagus untuk melembabkan kolon secara sihat kerana ianya lambat untuk dicerna. Selain itu, minumlah jus semulajadi tanpa pemanis setiap hari.

3. Mengurangkan pengambilan makanan Perangsang

Kurangkan pengambilan gula, alkohol, dan kafein. Pada awalnya anda mungkin akan mengalami gejala seperti sakit kepala dan menginginkan makanan tadi. Tapi, jika anda mampu untuk menahan rasa keinginan tersebut, maka anda akan mendapat peningkatan kualiti tidur sehingga tenaga pun akan bertambah. Selain itu, beralihlah dengan hanya meminum air putih dan teh herba.

4. Perbanyakkan pengambilan Buah-buahan dan Sayur-sayuran

Perbanyakkan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, ikan, biji-bijian, dan kacang-kacangan dalam diet seharian. Jika anda ingin snek atau kudapan, makanlah kacang-kacangan yang tawar dan buah-buahan segar.

5. Menggosok Kulit Tubuh

Cubalah untuk menggosok kulit tubuh anda setiap hari. Menggosok kulit tubuh akan membantu meningkatkan peredaran darah. Anda boleh melakukannya ketika akan mandi sambil menunggu air mandi menjadi hangat.




DTX Complex™

DTX Complex™ Shaklee mengandungi satu campuran proprietari ekstrak daripada gabungan ekstrak biji benih pokok susu tisel, schizandra, ekstrak dendalion, cendawan reishi, kunyit dan articok. Digunakan secara tradisional untuk tonik hati. Tiada perasa tiruan, pemanis, warna, atau bahan pengawet tambahan.


Herb-Lax™

Herb-Lax™ Shaklee didatangkan dengan kombinasi herba yang telah digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas. Bagi menangani kesulitan membuang air besar, Herb-Lax™ yang lembut boleh membantu. Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.