Wednesday, July 9, 2014

Tips untuk mengelakkan migrain

Kami ada tips untuk mengelakkan migrain dan tidak mahu mengambil pain killer lagi. Pengambilan pain killer dalam jangka masa panjang akan menjejaskan kesihatan kita juga. Anda pun tahu apa akibatnya.


Amalkan pengambilan Ostematrix dan B-Complex selama 3 bulan. Insya Allah, anda akan nampak perubahannya.

Set ini tahan utk 3 bulan.
Harga ahli :

Ostematrix : RM49 (120 biji)
B-Complex : RM42 (120 biji)



Friday, February 28, 2014

Suplemen atau makanan tambahan, maksud dan fungsi sebenarnya

Obses terhadap makanan tambahan atau suplemen tanpa mengetahui maksud dan fungsi sebenarnya untuk tubuh badan hanya akan membawa keburukan berbanding kebaikan yang cuba dicari.


Merujuk artikel ini, suplemen merupakan makanan tambahan bukannya sebagai makanan gantian kepada pemakanan seharian sebagaimana tanggapan segelintir individu selama ini. Secara umum suplemen merupakan makanan tambahan dalam bentuk minuman atau makanan.

Suplemen boleh wujud dalam bentuk sama ada vitamin, mineral, herba atau tumbuhan lain, atau komponen dalam makanan yang kita makan setiap hari. Ia juga boleh wujud dalam bentuk pil, kapsul, cecair, atau tablet.

Badan kita sememangnya memerlukan vitamin dan mineral sebagai tambahan untuk memastikan ia bergerak aktif, seperti vitamin C, bagus untuk kulit serta vitamin E, asid amino, zink dan sebagainya.

Kita perlu tahu adakah penting suplemen tersebut untuk penyakit yang kita hadapi. Kita perlu ingat makanan tambahan tidak akan menyembuhkan sesuatu penyakit tetapi ia boleh membantu mengekalkan kesihatan.

Pengguna dinasihatkan mendapat khidmat nasihat doktor yang bertauliah atau pakar pemakanan (dietitian) mengenai pengambilan makanan tambahan.

Senaman juga penting untuk mengekalkan tahap kesihatan di samping mengambil suplemen lain.

Antara tip untuk memilih makanan tambahan ialah pastikan keadaan kesihatan betul-betul memerlukan suplemen tersebut.

Jika tubuh benar-benar memerlukan makanan tambahan lebih digalakkan untuk memilih suplemen yang terhasil daripada bahan-bahan organik dan semula jadi yang tiada tambahan bahan kimia selain halal.

Selagi suplemen tersebut tidak melebihi dos dan mengikut kepada keperluan nutrisi harian kita, ia tidak menjadi masalah.
Sebaliknya jika diambil dalam dos yang berlebihan, kemungkinan menyebabkan keracunan pada tubuh.

Pengguna yang ingin mengambil makanan tambahan untuk kecantikan dinasihatkan agar berhati-hati kerana kesan sampingan tidak nampak dalam masa yang singkat. Kebarangkalian ia memberi kesan dalam jangka masa yang lama iaitu selepas bertahun-tahun penggunaannya.

Pastikan suplemen tersebut di luluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Jangan terlalu obses dengan sesuatu produk yang kita tidak ketahui kandungan nutrisi produk tersebut.

Dapatkan dari nasihat yang pakar untuk semua produk tersebut terutamanya seperti produk pelangsingan badan.






Wednesday, February 26, 2014

Don't worry. Be happy!!!

INFO Sihat : Impak Ketawa Pada Biologi Tubuh

TAHUKAH anda, manfaat ketawa 100 kali atau lebih sama dengan anda melakukan senaman aerobik selama 10 minit. Jadi ketawa sebenarnya bukan sekadar ‘menghidupkan’ emosi tetapi kesannya lebih daripada itu – mengubah biologi tubuh secara sementara dan meningkatkan tahap kesihatan. Ketawa memberi kesan kepada otak, paru-paru, mata, jantung, otot, hormon dan emosi

*Otak
Ketawa mencetuskan rangsangan pada bahagian utama otak dan tubuh. Signal akan dihantar bagi meningkatkan fungsi paru-paru.

*Paru-paru
Otot dada dan diafragma akan mengecut, memaksa udara keluar daripada paru-paru melalui saluran pernafasan dan larinks. Peti suara anda akan bergetar dan mengeluarkan bunyi haha atau hoho.

*Mata
Jika perkara yang ditertawakan cukup lucu, mata anda akan berair.

*Jantung
Kadar degupan jantung dan tekanan darah akan meningkat ekoran permintaan terhadap oksigen yang tinggi untuk dibekalkan kepada paru-paru dan organ tubuh yang lain.

*Hormon
Ketawa merembeskan endorfin iaitu hormon yang sama dihasilkan sewaktu bersenam. Selain itu, ketawa juga ‘menekan’ penghasilan hormon kortisol yang sering dikaitkan dengan kemurungan dan kelesuan.





Wednesday, January 29, 2014

Tips diet 7 hari




Sudah menjadi kebiasaan ketika berada dalam keadaan tertekan, nafsu makan semakin menjadi-jadi sehinggakan ada yang tidak boleh mengawal. Semakin anda stress, semakin bertambahlah keinginan anda untuk mengunyah.

Oleh itu, kami ingin kongsikan tips diet tujuh hari yang boleh anda lakukan sepanjang minggu secara berterusan untuk mendapatkan berat badan yang diingini.

Hari Pertama
Makan semua jenis buah kecuali pisang. Untuk minuman pula, minumlah minuman yang sihat dan semulajadi. Elakkan dari minuman berkarbonat atau yang mengandungi kandungan gula yang tinggi. Jus tembikai rendah kalori ialah pilihan paling tepat, oleh itu pastikan anda kerap mengambilnya. Selain itu, anda disarankan untuk mengambil sup dalam pemakanan anda.

Hari Kedua
Makan semua jenis sayuran yang baik kecuali kacang pes dan jagung. Anda tidak dibenarkan memakan kacang panggang dan yang seumpama dengannya. Makan sehingga anda sendiri puas dengan rasa sayur itu dan makanlah sebanyak mana sup yang kamu mahu. Pada sebelah malam pula, makan kentang putar dalam hidangan besar. Gantikan mentega dan mayones dengan sedikit garam dan lada hitam sebagai perasa.

Hari Ketiga
Gabungkan menu hari pertama dan kedua. Tetapi anda tidak perlu memakan kentang putar untuk hari ketiga ini. Jika anda betul-betul mengamalkan diet ini, anda sebenarnya sudah berjaya menurunkan berat antara dua hingga tiga kilogram.

Hari Keempat
Makanlah pisang dan minum susu rendah lemak. Sebaiknya ambil tiga biji pisang dan minum susu sebanyak mana yang anda mampu. Hari ini ialah hari yang sukar dalam pusingan diet tetapi anda harus kekal berdisiplin demi menurunkan lebih banyak lagi kilogram. Anda juga tidak boleh lupa mengambil sup dalam hidangan.

Hari Kelima
Anda dibenarkan untuk memakan daging putih (ikan atau ayam) yang berjumlah antara 300 hingga 600 gram, selain memakan 6 biji tomato segar. Tomato sebenarnya membantu mencernakan protein dari mencuci pembinaan asid urik. Pengambilan sup sudah memadai jika diambil sekali sahaja.

Hari Keenam
Anda dibenarkan memakan daging bersama sayur. Makanlah apa saja jenis stik kerana ia baik untuk kandungan jantung. Tetapi, jangan makan kentang putar. Sebaiknya, tumpukan pada sayuran berdaun. Sup tetap menjadi pilihan untuk melengkapkan menu anda.

Hari Ketujuh
Makanlah nasi menggunakan beras perang. Lengkapkannya dengan jus buah-buahan kurang manis dan sayur-sayuran. Anda masih lagi disarankan untuk mengambil sup, sekurang-kurangnya sekali sehari.