Sunday, September 29, 2013

Tips Mengurangkan Keinginan Merokok

Tergerak hati Scha untuk post isu masalah berkaitan dengan rokok setelah baca blog MAMAT NI. Harga rokok bakal naik selepas harga minyak naik. Alasan paling kukuh adalah untuk mengurangkan bilangan pesakit kanser. Bagi perokok tegar, ada beberapa tips yang boleh diamalkan untuk mengurangkan keinginan merokok:
  • Melengahkan tindak balas keinginan merokok dengan katakan nanti dulu setiap kali ingin merokok.
  • Menarik nafas panjang selama lima saat dan lepaskan perlahan-lahan. Ulang tiga hingga lima kali.
  • Minum air mineral atau air masak dengan banyak.
  • Melakukan kegiatan yang boleh mengalihkan fikiran daripada rokok seperti berkebun.
  • Melakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, 20 minit setiap sesi.
  • Membasuh tangan atau mandi setiap kali teringin merokok.
  • Mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah atau lobak merah (elakkan mengunyah makanan yang manis).
  • Memohon doa dan berazam untuk berjaya membuang tabiat merokok.

Insya Allah jika diamalkan boleh mendatangkan kebaikan. Sumber daripada Sioloon FC dan Google.






No comments:

Post a Comment